Saturday, February 18, 2017

"Maniac"



Aku baru selesai memperbaharui blog ini. Kira macam kemaskini lah. Kepada pembaca baru, terima kasih sudi singgah. Aku sebenarnya cuba gigih untuk upload cerita, sembangan atau apa-apa yang boleh bagi faedah lah. Kalau kau orang rasa nak tanya atau bagi cadangan untuk kita sembang pasal tajuk sekian-sekian, silakan. Aku hargai dan aku akan cuba kupas dengan baik.

Mungkin itu je. Cakap banyak pun tak guna, kan? Kahkah!

Okay, apa yang aku mahu kisahkan tentang Maniac?

Maniac : orang gila, orang yang dirasuk perasaan.

Hah! Aku gila! Aku dirasuk perasaan! Muahahaha!




Semua sebab aku dirasuk perasaan gian dalam penulisan. Aku mengimpikan nama aku tercatit di muka hadapan buku cerita yang dicetak oleh syarikat penerbitan buku yang gah di Malaysia. Ya, aku gila!

Aku mahu melepaskan karya-karya aku ke seantero dunia. Aku mahu manusia lain juga gian membaca karya-karya aku. Aku mahu kamu gian, membau, mengumpul dan tertanya-tanya adakah aku bakal menerbitkan buku lain? Ahhh! Aku gila!








No comments:

Post a Comment

First Love

In a corner of my memory There’s a brown piano A corner of my childhood home There’s a brown piano I remember it then, It was ...