Friday, May 12, 2017

khayal

"Aku rasa macam nak pergi jauh saja dari sini. Tak adalah, bukan apa aku rasa macam aku takde manfaat sebagai anak untuk mak ayah aku tu. Lagipun, aku bosan sebab asyik kena pulau dengan diorang. Bangun pagi, telefon. Update status. Balik, telefon. Meeting. Aku rasa macam aku ni cuma tanda yang diorang tu pernah berkahwin. Agak-agak faham tak part tu? Heh." 
Faris memandang cermin dihadapannya. Ada satu susuk lelaki yang sebaya dengannya sedang berdiri di sebelah. Hanya susuk itu sahaja yang setia mendengar segala keluhannya. Biarpun tiada kata atau nasihat yang keluar dari mulut susuk tersebut, Faris tetap merasa puas kerana dapat meluah.
"Tak guna kan kalau aku masih bercakap sendiri." gumamnya.
Faris bangun mendekati meja belajar. Telefon bimbit yang sudah tiga hari tidak diusik dipandang sekilas. Bagus juga sekali-sekala lupakan media sosial. Bebas! Faris merapatkan kerusi ke meja. Dadanya bersentuhan dengan meja tersebut. Satu bungkus kertas A4 yang dibeli di kedai runcit sekolahnya dicapai. Sehelai kertas kemudian dikeluarkan. Pen halus yang basah dakwat hitamnya dicapai lalu dipusing-pusing beberapa ketika. Idea dicari untuk projek seterusnya.

Projek melukis.

Di sekolah, dia menyertai kelab seni dan kraftangan. Dia dilantik sebagai ketua kelab kerana kemahiran dan kemampuannya mengajar beberapa perkara asas dan baru kepada pelajar-pelajar baru. Semua orang menyenanginya. Ramai juga murid perempuan yang sudah jatuh hati. Dengan tema 'independen' yang dipegang, dia mampu menghasilkan beberapa karya yang menyentuh minat pelbagai peringkat umur. Selain konsep urban dan epik, konsep islamik untuk lukisannya juga mendapat sambutan. Guru-guru ada juga yang mengambil peluang untuk membeli lukisannya. Dia akur sahaja kerana sudah minat. Tidak ada masalah untuk dia menyiapkan semua permintaan pembeli-pembeli lukisannya itu.
"Arghhh!"
Faris meraung. Bengang kerana idea masih belum kunjung datang. Faris kemudian meletakkan kepalanya ke atas meja sambil membayangkan lukisan-lukisan yang dia mahu lukis. Berbagai jenis lukisan berterbangan di hadapan matanya. Ada lukisan abstrak dengan aliran futurisme, realisme dan paling kuat dalam nalurinya adalah tentang ekspresionisme. Hatinya kuat mahu mengekspresikan kehendaknya. Dia tak kuat mengawal emosi lagi. Pelbagai unsur negatif mengganti bayangan lukisn kemudian. Dalam keadaan itu juga, tangannya bangun dan mula menconteng sebahagian kertas dengan contengan yang dia sendiri tidak faham.

Banyak garisan panjang-panjang disusuli bentu bulat yang sedikit bujur mengelilingi garisan-garisan tersebut. Setela itu, satu garis melengkung menyerupai akar pohon yang berselirat diputar-putar beberapa kali sebelum dipersembahkan bersama sekuntum bunga yang melayu di atasnya.

Faris memejamkan matanya lama.
"Aku mahu bebas."
Lama-lama, dia tertidur di situ.


(Malas nak check typo.)
  

No comments:

Post a Comment

First Love

In a corner of my memory There’s a brown piano A corner of my childhood home There’s a brown piano I remember it then, It was ...